Satu daripada helah yang digunakan dalam iklan seperti ini berbunyi, "Produk ini tidak ada dijual di kedai malah hanya boleh dibeli menerusi pesanan mel televisyen". Hebat, bukan? Mereka berjaya menjadikan satu kelemahan sebagai satu daya tarikan. Pernahkah anda terfikir mengapa mereka berbuat demikian?. Ok, cuba sama-sama kita fikirkan. Sekiranya produk itu betul-betul hebat, mengapa pengeluarnya tidak mengedarkan sahaja produk-produk mereka yang hebat itu di kedai-kedai agar lebih tinggi potensi produk berkenaan terjual?. Antara sebabnya adalah kerana produk itu baru diperkenalkan. Pengeluarnya, tidak begitu yakin dengan produk yang kononnya hebat itu. Mereka mahu melihat sambutan daripada orang ramai terhadap keluarannya. Maka, cara yang digunakan ialah, membuat pengeluaran yang terhad melalui pesanan mel. Sekiranya poduk ini laku, sudah tentu produk itu akan diedarkan di kedai-kedai. Sebaliknya, jika hanya tiga orang sahaja yang membeli produk tersebut. Maka tamatlah riwayat produk itu. Dengan erti kata lain, mereka yang membeli menerusi pesanan mel televisyen merupakan mangsa percubaan semata-mata. Mereka kini memiliki produk yang tidak digunakan dan tidak lagi dikeluarkan. Jadi apa hebatnya?
Anda merasakan pendapatan anda terlalu kecil, dan ingin menjana pendapatan sampingan melalui online?
Ingin menjana pendapatan sampingan melalui online? Telah ramai yang telah berjaya menjana pendapatan sampingan melalui internet. Ia terbukti mudah dan berkesan bagi yang ingin menjana pendapatan yang konsisten dengan keselesaan rumah. Anda juga boleh berjaya seperti mereka dengan mengikuti beberapa langkah mudah sahaja!
Sudahkah pendapatan anda dilindungi?
Hari ini anda sihat, anda mampu untuk bekerja dan mengumpulkan harta untuk keluarga anda. Anda mampu menyediakan segala keperluan mereka. Tetapi, bagaimana sekiranya anda telah sakit atau meniggal dunia. Adakah anda yakin, keluarga anda akan terus menikmati keselesaan di rumah yang anda sediakan untuk mereka? Anda tinggalkan harta atau hutang yang banyak kepada mereka?
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Tuesday, 19 March 2013
08:25
Unknown
Satu daripada helah yang digunakan dalam iklan seperti ini berbunyi, "Produk ini tidak ada dijual di kedai malah hanya boleh dibeli menerusi pesanan mel televisyen". Hebat, bukan? Mereka berjaya menjadikan satu kelemahan sebagai satu daya tarikan. Pernahkah anda terfikir mengapa mereka berbuat demikian?. Ok, cuba sama-sama kita fikirkan. Sekiranya produk itu betul-betul hebat, mengapa pengeluarnya tidak mengedarkan sahaja produk-produk mereka yang hebat itu di kedai-kedai agar lebih tinggi potensi produk berkenaan terjual?. Antara sebabnya adalah kerana produk itu baru diperkenalkan. Pengeluarnya, tidak begitu yakin dengan produk yang kononnya hebat itu. Mereka mahu melihat sambutan daripada orang ramai terhadap keluarannya. Maka, cara yang digunakan ialah, membuat pengeluaran yang terhad melalui pesanan mel. Sekiranya poduk ini laku, sudah tentu produk itu akan diedarkan di kedai-kedai. Sebaliknya, jika hanya tiga orang sahaja yang membeli produk tersebut. Maka tamatlah riwayat produk itu. Dengan erti kata lain, mereka yang membeli menerusi pesanan mel televisyen merupakan mangsa percubaan semata-mata. Mereka kini memiliki produk yang tidak digunakan dan tidak lagi dikeluarkan. Jadi apa hebatnya?
07:46
Unknown
- Saya telah dapat menjimatkan masa, kerana saya tidak perlu memandu ke pejabat pos/bank/kedai topup dan sebagainya semata-mata hanya untuk membayar satu atau dua bil atau sekadar hendak membeli topup RM10...
- Saya dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu mambazirkan petrol, membayar tol, dan membayar tempat letak kereta.
- Saya dapat mengendalikan wang saya dengan berkesan kerana dapat membayar bil pada tarikh ia perlu dibayar
- Saya boleh memindahkan wang daripada akaun saya ke akaun lain hanya dalam beberapa minit.
- Saya mampu membeli topup, walaupun pada tengah malam kala kedai topup telah tutup.
Monday, 18 March 2013
19:44
Unknown
Ada baiknya anda merujuk kepada buku yang ditulis oleh Dr Wayne Dyer berjudul Your Erroneous Zones yang memperkatakan penjagaan tubuh badan dan kesihatan diri. "Iklan yang disogok kepada kita saban hari mempengaruhi kita supaya membenci bau mulut, ketiak, kaki, kulit dan malah alat kelamin kita. Maka dengan menggunakan produk yang mereka tawarkan, segala permasalahan akan hilang. Sebagai contoh " Gunakanlah produk kami dan alamilah perubahan yang sebenar dan semulajadi".Seolah-olah anugerah Tuhan ini bukan bersifat semula jadi, sehingga kita terpaksa membeli kosmetik wangian untuk membolehkan kita berasa lebih selesa.
Saya cukup setuju dengan pendapat ini. Sebagai insan, kita dianugerahkan bau-bauan yang semula jadi. Ini bukan bermakna kita tidak perlu mandi. Tetapi mengapa kita harus menyembunyikan aura kita yang sebenarnya? Mengapa kita harus membiarkan industri iklan menentukan apa yang terbaik untuk diri kita? Mereka hanya akan mengesyorkan kita untuk berbelanja lebih bagi menyembunyikan diri kita yang sebenarnya.
Sunday, 17 March 2013
22:24
Unknown
Langkah pertama ialah buatkan senarai barangan yang ingin dibeli. YA!, anda perlu menyenaraian segala benda yang diperlukan dahulu sebelum ke kompleks beli-belah. Kemudian anda mesti membeli barang-barang yang tersenarai dan mengendahkan yang lain. Biar saya ulang sekali lagi. Anda hanya perlu beli barang-barang yang disenaraikan sahaja dan mengendahkan yang lain. Walaupun pada ketika itu, anda ternampak sesuatu yang menarik atau sesuatu yang diperlukan pada masa akan datang. Anda perlu mendisiplinkan diri, cuba pejamkan mata dan berlalu pergi. Fikir dan yakinkan pada diri anda bahawa adakah barangan itu benar-benar berguna, seandainya ia berguna anda boleh menyenaraikan dan membeli ketika anda berkunjung ke situ sekali lagi.
Kita juga boleh menjimatkan wang dengan cara tidak membeli-belah dalam keadaan lapar, dahaga atau letih. Ini kerana ketiga-tiga keadaan tersebut akan melemahkan daya ketahanan diri dan membuat kita mudah terpengaruh untuk membeli lebih banyak barangan daripada apa yang diperlukan. Yang lebih buruk lagi, kita mungkin terbeli barang/benda yang tidak diperlukan. Akibatnya, kita telah berbelanja lebih daripada apa yang dirancang.
Jadi, jika biasanya anda pergi makan selepas membeli-belah, lakukan sebaliknya. Makan dahulu dan kemudian baru membeli-belah. Anda boleh berjimat dengan hanya melakukan perkara yang mudah ini. Berikut merupakan satu lagi strategi yang boleh dipraktikkan bersama seandainya, anda masih belum juga dapat berjimat. Cuba bawa kalkulator ketika membeli-belah. Setiap kali anda memegang sesuatu, masukkan harganya ke dalam kalkulator dan kira jumlah yang akan dibelanjakan. Langkah ini diharapkan dapat membantu anda mengawal wang yang akan dibelanjakan. In Sha ALLAH.
Sekiranya anda gagal untuk merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal..
21:13
Unknown
Hanya segelintir sahaja yang mengangapnya sbagai perbelanjaan yang berlebihan.
Sebenarnya ia juga salah satu contoh perbelanjaan yang berlebihan. Kenapa? Mari kita sama-sama bincangkan. Kita membayar untuk bercakap. Jika membeli sesuatu, sekurang-kurangnya kita mendapat barangnya. Tetapi tidak dengan telefon. Kita bercakap dan justeru kita perlu membayar, walaupun kita tidak memperolehi sesuatu yang boleh dipegang atau dilihat. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan mengatakan bahawa mereka menggunakan telefon untuk memupuk hubungan suami/isteri/ibubapa/sahabat handai. Kasih sayang boleh bersemi dan dipupuk menerusi hubungan telefon. Saya bersetuju bahawa kita seharusnya memelihara silaturahim sesama kita. Tetapi! Ini tidak bererti bahawa kita perlu bergayut di telefon selama DUA jam, sedangkan 10 minit sudah memadai. Kasih sayang bukan diukur berdasarkan berapa lama kita berbual di telefon. Pelbagai cara lain yang oleh dilakukan lagi. Tapi, yang anehnya. Apabila kita berjauhan, ramai orang boleh bercakap berjam-jam lamanya di telefon. Namun, apabila mereka berada disisi orang yang dikasihi, mereka jarang berbual! ( seolah-oleh mereka tiada idea untuk dibualkan). Apabila mereka bersemuka dan boleh bercakap selama mana yang mahu dengan percuma dan tanpa dikenakan apa-apa bayaran, mereka sebaliknya menonton televisyen. Aneh sungguh orang yang sebegini, mereka lebih gemar bercakap berjam-jam lamanya di telefon dan dikenakan bayaran.Ish... ish.. Fikirkan lah.
18:36
Unknown
Selain itu, komputer (serta aksesori yang berkaitan) dan kereta kini turut mengikuti perkembangan terkini. Segala barangan ini sentiasa diperbaharui supaya pengeluarannya mengaut lebih banyak wang. Tempoh antara pengeluaran sesuatu model baru bagi kebanyakkan kereta telah semakin berkurang. Sebagai contoh, kalau dahulu tempoh untuk perubahan model tujuh tahun sekali, kini tempohnya hanya tiga tahun. Dari segi perniagaan ia amat menguntungkan. Sekiranya kita bertukar kereta setiap tiga tahun dan bukan tujuh tahun, ia bermakna syarikat pembuat kereta akan memperolehi pendapatan yang berganda. Emm.. mungkin jarang ada orang yang bertukar kereta selalu, tetapi bagaimana dengan "handphone". Semua itu akan membuatkan saku kita sentiasa kering, jika kita terikut sama dalam mengejar perubahan fesyen yang tidak ada kesudahan.
17:50
Unknown
Apabila kita sedang menggayakan sesuatu mengikut fesyen terkini, ia akan memperlihatkan/membuktikan yang kita merupakan seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen dan gaya kegemaran ramai. Dengan beranggapan bahawa dengan memakai/menggayakan fesyen yang terkini akan membuatkan kita seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa boleh mendatangkan masalah kewangan yang serius dan juga mengeringkan saku kita. Langkah yang lebih bijak dan menjimatkan adalah dengan bersikap konvensional. YA! Dengan berbuat demikian anda pasti tidak akan ketinggalan zaman. Tidak kira musim atau zaman apa pun, pakaian konvensional sentiasa sesuai dengan perkembangan semasa. Dan inilah fakta dan bukan auta. Sebab mengapa pereka fesyen sentiasa menghasilkan fesyen baru setiap musim adalah kerana mereka mahu menjual pakaian mereka dan meraih lebih banyak wang!! Bayangkan jika fesyen hanya bertukar setiap lima tahun sekali, sudah tentu semua pereka fesyen akan tutup kedai.
Disini saya ingin kongsikan bersama sebuah cerita mengenai seorang pereka fesyen di Kuala Lumpur yang sudah tentu namanya terpaksa dirahsiakan. Memadailah saya katakan bahawa beliau merupakan seorang pereka fesyen ternama di negara ini. Pelangganya terdiri daripada selebriti-selebriti yang terpampang dalam majalah dan oleh yang demikian tidak hairan lah jika harga rekaannya mahal-mahal belaka. Anda hendak tahu dimana pereka fesyen yang bijak ini membeli pakaiannya sendiri? Di gedung diskaun! Sikap pereka fesyen ini seharusnya dipuji kerana pandai berjimat-cermat. Banyak wang yang mengalir masuk tetapi sedikit yang mengalir keluar. Pada masa yang sama, kita seharusnya mengambil teladan daripada beliau. Sekiranya pereka fesyen ternama seperti beliau tidak perduli mengenai fesyen, mengapa kita harus bersusah-payah berbuat demikian?
RSS Feed
Twitter








